Wild Orchid

Facinating & Deceptive Beauties

Thursday 24 January 2013

Hensel & Gretel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Korang ada favourite bed time story tak? Contohnya macam Cinderella, Little Red Riding Hood, Snow White dan macam-macam lagi lah. Dalam banyak-banyak fairy tale atau bed time story ni, WO sangat suka Hensel & Gretel. Korang masih ingat jalan ceritanya? Ceritanya berkenaan dua orang adik beradik yang masuk ke hutan dan bertemu dengan sebuah "Gingerbread house" yang didiami oleh seorang ahli sihir yang menukarkan kanak-kanak menjadi "gingerbread". Kalau korang tak ingat boleh tonton youtube kat bawah ni..


Best kan. Tiba-tiba teringat zaman budak-budak dulu. Terbaru, WO tengok iklan di pawagam yang cerita Hensel & Gretel ini akan difilemkan dan akan ditayangkan di pawagam 24 Januari, 2013. Tak sabar pulak WO nak tengok cerita ni. Apa yang menariknya Hensel & Gretel yang ditayangkan di pawagam sudah dewasa dan mereka memburu ahli sihir dengan senjata yang canggih. Huhu, rasanya cerita yang sudah difilemkan ini agak tak sesuai ditonton dan dijadikan bed time story untuk anak-anak kan.

Bagi yang belum menonton trailer bagi Hensel & Gretel : Witch Hunters, jom skodeng youtube di bawah;

Read More

Wednesday 23 January 2013

Kenangan Zaman Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar korang? Sihat? WO doakan korang semua sihat sejahtera. Pagi ini dalam perjalanan pergi ke tempat kerja, WO dengar topik pagi kat hot fm..Selalunya WO jarang-jarang dengar radio hot fm ni, tapi sebab topik pagi diorang best pagi ini, WO pun layan je la..Topik pagi ini adalah "Kantoi masa spot check di sekolah" (Errr..lebih kurang la tajuknya)..

Apa yang WO rasa agak lucu bila seorang pemanggil lelaki menceritakan yang dia terkantoi membawa alatan solek ke sekolah. Huhu..agak pelik kan bila seorang lelaki membawa make up pallet, lipsticks, mascara dan lain-lain ke sekolah. Huhu, kalau aku jadi pengawas yang buat checking masa tu, aku pun terfikir dan berfikir panjang apa la motif mamat ni bawa alatan solek ke sekolah..

Itu kenangan diorang, korang ada tak kenangan spot check masa sekolah dulu? Masa kat sekolah dulu WO pengawas sekolah dan kerja-kerja spot check ni dah jadi sebahagian keje WO la. Nak cerita pasal kantoi memang tak pernah la sebab kami-kami pun yang buat spot chek, tambahan pula WO ni pengawas yang berdisiplin..hehehe (Sila jangan muntah yea..hehehe).


Waktu buat spot check memang macam-macam la yang kami jumpa lebih-lebih lagi kat kelas-kelas budak nakal. Tapi dalam banyak-banyak barang yang WO jumpa, ada satu barang yang WO jumpa dan buat WO terkedu dan macam tak percaya. WO jumpa satu sampul surat yang tertulis nama WO. Masa tu terfikir, siapa punya beg ni dan kenapa ada surat untuk WO dalam beg dia? Lama jugak la termenung dan WO buat keputusan untuk tinggalkan aje surat tu.

Esok pagi, WO terkejut sekali lagi bila surat tu ada kat bawah meja WO dan ada nota, kenapa tak ambil surat tu semalam? Berdebar-debar WO buka dan baca surat tu, sekali surat cinta. Boleh pengsan WO baca surat cinta dia. Sejak daripada itu, bila WO ditugaskan buat spot check kat kelas si pemberi surat WO akan tolak sebab setelah dia hantar surat tu pada WO, kat dalam bas sekolah masa pergi dan balik sekolah dia usha dan ngorat WO sampai WO fobia dengan dia..


Mesti korang ada pengalaman yang lagi menarik kan masa zaman sekolah korang dulu-dulu..Apapun, sekarang semua tu jadi kenangan indah zaman persekolahan.
Read More

Tuesday 22 January 2013

Dinner with Chinese Food

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar korang semua? Sihat ke? Arini WO nak buat ulasan tentang entry WO semalam tentang Dinner

Mari WO mulakan penceritaan degan bermulanya hikayat perjalanan. Perjalanan ke Thistle dari tempat keje WO mengambil masa lebih kurang 15 hingga ke 20 minit bergantung cara pemanduan..hehehehe..

Nak dijadikan cerita, WO follow kereta kawan WO sebab dia kata dah biasa jalan-jalan kat bandaraya JB ni. Masing-masing gerak dengan kereta sendiri sebab malas nak tunggu lama sekiranya majlis habis awal..Sungguh tak menjaga kelestarian kan kami-kami ni..Erkkk.. Perkara paling tak dijangka adalah, kawan WO drive macam nak lumba kereta F1..jenuh WO nak follow dia apatah lagi waktu jalan sesak, jadi tertinggal la WO dan sorang lagi kawan kat belakang. Konon-kononnya nak jalan short cut sangat la..kan tak pasal-pasal kena buat pusingan U..huhu, nasib baik tak jauh..

Orkid yang WO petik petang tadi.

Korang nak tahu tak apa yang WO paling suka kat Thistle ni? Haaa.. sebab bunga hiasan diorang adalah Orkid..Really amazing dan teruja tengok orkid kat sini tapi dalam hati pendamkan aje. Kalau ikut perasaan, rasa nak collect je bunga-bunga orkid kat dalam hotel tu dan simpan dalam bonet kereta.

Ok, menu malam tadi agak menarik jugak la..WO tak sangka pulak WO boleh layan dan enjoy Chinese menu malam semalam.. Menu makan malam kami adalah;

Appetizer

Symphony Hot and Cold Combination
(Japanese Octopus, Deep-fried Chicken Pocket, Stir-fried Clan with Sweet Bean, Jellyfish)

Soup

Braised Sea Cucumber and Fish Lips Sichuan Soup

Poultry Dish

Crispy Chicken with Mango Sauce

Fish Dish

Steamed Sea Bass with Tom Yam Sauce

Seafood Dish

Stir-fried Prawns with Dry Chili and Cashenuts

Vegetable Dish

Braised Mushroom with Beancurd Skin and Broccoli

Starch Dish

Steamed Glutinous Rice in Lotus Leaf

Dessert

Chinese Pancake

Kesimpulannya, semuanya WO cuba tetapi bagi WO yang paling best adalah Poultry Dish mereka iaitu ayam goreng dan sos mangga. Kalau mintaWO bagi bintang tentang makanan mereka malam semalam, WO bagi 3 dari 5 bintang. 

Read More

Monday 21 January 2013

Anuar Zain - Ajari Aku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hanya engkau yang bisa..hanya engkau yang tahu, hanya engkau yang mengerti, semua inginku.....

Adehla..dari pagi abam Nuar kita ni nyanyi..tak penat-penant agaknya. Kalau WO la yang nyanyi, rasanya 5 lagu je dah tak keluar dah suara ni...Hehe, korang sihat? Sebenarnya sepanjang WO berada di opis arini, starting 8 to 5, WO asyik dengar abam Nuar je nyanyi..

Eh..jangan la tuduh WO pulak yang tergila-gila kat abam Nuar ni..walaupun WO agak syok sikit (Errr...) kat abam nuar ni, tapi tak de la sampai WO letak kat playlist WO lagu abam Nuar je..Sebenarnya, salah sorang pegawai kat tempat WO kerja ni yang ulang2 lagu abam Nuar ni dari pagi..Walaupun dia hadir meeting, dia tak off pulak lagu abam Nuar..WO yang duduk bersebelahan bilik beliau terpaksa la mendengar..sampai naik hafal dah lagu tu..

Jom layan dengan aku lagu yang membuai-buai perasaan oleh abam Nuar ni...huhu

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaimu

Read More

Dinner

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Fewiittt..hari isnin dah arini..ada yang morning sickness tak?Eh, morning sickness pulak...monday blues ke la..WO berapa nak rasa monday blues sangat la sebab dah dua minggu ni WO kerja berterusan..Kadang-kadang sampai dah lupa hari..sebab terpaksa kerja 7 hari seminggu..

Dipendekkan cerita, malam ni WO ada dinner..Haip, jangan ingat dinner dengan buah hati pulak, dinner opis tempat WO berkerja dan menu malam ini adalah Chinese Course..The dinner will be held at Thistle Johor Bahru. 

Sekadar hiasan - Chinese Food

Erk..sebenarnya kan, WO ni tak biasa sangat makan chinese food ni..Pertama kali WO mencuba chinese food ni tahun 2011 masa WO pegi Beijing. Itu pun exitednya mencuba makanan di sana pada hari pertama dan kedua sahaja. Masuk hari kedua dan seterusnya dah mula rasa jemu dah. 

Kita tengok malam nanti punya menu..rasa-rasa leh masuk tak tekak WO ni..that's all for now..chau chin cau.. :D
Read More

Sunday 20 January 2013

Kenapa "Wild Orchid"?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Eh, dah lama tak menulis..terasa rindu pulak nak mencatatkan sesuatu kat alam maya ni? First of all, ualls boleh panggil iollls (rasa cam gediks jap) Wild Orchid atau short form, WO atau Orkid (macam nama orang lama kan, tapi serius bunga ni awesome)..

Kenapa Wild Orchid? Korang pernah tengok bunga orkid tak?Ok, kat bawah ni antara bunga orkid yg super awesome cantik..

Cantik kan..Bunga orkid ni ada yang kata susah nak  jaga dan ada juga yang kata senang. Perkara yang buatkan WO sangat meminati orkid adalah bila mak WO dulu selalu tugaskan WO siramkan bunga orkid yang mak WO tanam. Mula-mula rasa bosan masa tu bunga orkid belum berkembang tapi bila suatu hari, bunga orkid ni mekar terasa cantik sangat.

Lagi satu tentang bunga orkid ni terutamanya yang liar yang tumbuh di hutan, untuk kita jumpa orkid liar ni, cuma boleh tengok di dalam hutan. Tak ramai yang sanggup meredah hutan semata-mata nak tengok bunga orkid berkembang. Macam tu jugak WO, sangat sukar untuk ditemui dan harus berusaha sebelum dapat menemuinya..rasanya cukup untuk perkenalan diri kali ini..That's all for now..see u all next time..XOXOD

P/s : WO @ Orkid lelaki ke pompuan? Of course la pompuan..Errr, ada eh lelaki sukakan bunga esp orkid? :D..Anyway..nice to meet all of you
Read More
Theme images by johnwoodcock. Powered by Blogger.

© Wild Orchid, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena